Gubahan Hantaran
Pautan Luar
Iklan
Who's Online
Kami ada 3 tetamu online|
Topi dan beg tangan buat si gadis idaman digubah daripada tuala berwarna lembut sesuai dengan kesegaran majlis. Konsep ini amat sesuai untuk penggemar cara gubahan tuala tradisional yang unik. Dihiasi bungaan hijau sebagai penyeri dan bertujuan membangkitkan keceriaan gubahan. Sesuai sebagai hantaran untuk sigadis yang berperwatakan lembut dan menarik.
|


Tuala bukanlah barang hantaran yang wajib dalam sesuatu majlis perkahwinan atau pertunangan. Akan tetapi ramai juga yang meletakkan tuala di dalam senarai barang-barang yang akan dijadikan sebagai hantaran. Bahkan seperti telah menjadi satu tradisi dalam masyarakat kini menjadikan tuala sebagai pelengkap set hantaran khususnya bagi majlis pertunangan. Berkemungkinan juga kerana konsep gubahan tuala yang unik menambat hati sebilangan individu utk menyenaraikannya di dalam senarai dulang hantaran mereka. Tuala boleh digubah menjadi pelbagai bentuk yang menarik. Klasik atau moden konsepnya, terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menentukannya.


Bahagian tuala yang mempunyai bunga kaki digunakan bagi menghasilkan penutup beg tangan yang menarik. Juga bertujuan membezakan beg dan penutupnya agar bentuk gubahan lebih menyerlah. Meskipun gubahan tuala hantaran ini berkonsepkan tradisional, penggunaan aksesori yang bersesuaian menjadikan gubahan ini tidak nampak seperti ketinggalan zaman dan masih sesuai dijadikan hantaran.