• Laman Utama
  • Gubahan Kahwin
  • Gubahan Cenderahati
  • Gubahan Kraf
  • Tip Kreatif
  • Direktori Kreatif

Gubahan Kraf

  • Gubahan Manik
  • Gubahan Album

Pautan Luar

Iklan

Who's Online

Kami ada 3 tetamu online

 Penggunaan album gambar dalam sesuatu majlis perkahwinan kini telah menjadi trend yang sudah biasa kita temui. Terutamanya apabila ingin menyediakan gubahan wang hantaran perkahwinan. Sebilangan daripada kita memilih konsep album dalam penyediaan wang hantaran dan mahar atau mas kahwin mungkin kerana ingin memudahkan kerja penggubahan. Menggubah album adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan menggubah duit hantaran itu sendiri. Selain album, bingkai gambar juga kadang-kadang menjadi pilihan bagi sesetengah individu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Album bukan sahaja dapat digunakan sebagai material dalam penggubahan wang hantaran. Ianya juga sebaliknya dapat dijadikan hadiah kepada pengantin. Untuk konsep gubahan album jarikreatif yang pertama, kami ingin menampilkan tema hitam dan merah. Gabungan warna hitam dan merah mampu menampakkan sesuatu gubahan tampak lebih eksklusif , menarik dan bergaya sekiranya ia digubah mengikut kesesuaian dan berbekalkan kreativiti yang kreatif. Gubahan kali ini adalah amat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada sahabat yang meraikan hari perkahwinan. Penggunaan warna hitam sebagai latar belakang gubahan dan warna merah sebagai hiasan adalah bertujuan untuk menjadikan gubahan tampak lebih anggun. Dengan ini, warna merah akan nampak lebih menyerlah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk konsep kali ini, Jarikreatif juga menampilkan set beg kertas dan kad yang sesuai dengan gubahan album bagi memudahkan pelawat kami mendapatkan idea-idea bagi pembungkusan hadiah selain daripada menggunakan pembalut hadiah yang biasa.

 
 

Iklan

Koleksi Pilihan

Banner
Koleksi Gubahan

Poll Kreatif

Anda berminat dengan topik ...
 

Copyright © Jari Kreatif - informatif . kreatif . terkini 2009. All Rights Reserved.

Our site is valid XHTML 1.0 Transitional Our site is valid CSS